SEDEKAD selepas Sabah mencapai kemerdekaan, Adam kembali semula ke bandar kelahirannya di Silimpopon, Tawau untuk mengusahakan syarikat perladangan di sana. Dalam waktu yang sama, dia mahu menjejaki semula tiga orang sahabat baiknya iaitu Fengying, Ali dan Datu yang terpisah sejak bandar itu ditutup pada tahun 1932. Kepulangan Adam ke bandar itu telah menyingkap semula memori zaman kanak-kanaknya yang penuh suka dan duka perjuangan sekaligus membongkar identiti diri sebenar Adam yang merupakan anak kacukan Melayu-Suluk-British.
No comments:
Post a Comment