REKAAN LAYOUT
Di atas merupakan rekaan layout dalaman untuk novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini. Rekaan layout ini menepati tema sejarah dan kota arang batu. Terdapat kenyataan bab, ilustrasi seorang lelaki sedang memegang alat melombong, gambaran rumah-rumah kampung, lukisan kapal wap dan bangunan lama yang melatari layout dalaman novel ini.
Link: https://www.instagram.com/p/B-wlinZjOBZamTkFaGtzHy1E9cp1rIR3VLNTr00/?igshid=kh8qr7omrsjj
Link: https://www.instagram.com/p/B-wlinZjOBZamTkFaGtzHy1E9cp1rIR3VLNTr00/?igshid=kh8qr7omrsjj
REKAAN KULIT BUKU
Di atas merupakan proses penghasilan kulit buku bagi novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon. Ilustrasi yang dipilih untuk rekaan kulit buku ini adalah menepati tema cerita dan gambaran watak-watak utamanya iaitu Adam, Fengying, Ali dan Datu. Penghasilan kulit buku ini mengambil masa selama seminggu dengan bantuan seorang pelukis tempatan.
KAJIAN PERPUSTAKAAN
Di atas merupakan proses kajian yang dijalankan oleh penulis (saya) di Perpustakaan Negeri Sabah. Dalam usaha untuk menyiapkan penulisan novel ini, saya memerlukan rujukan fakta sejarah melalui beberapa buah buku. Antara buku yang menjadi bahan rujukan saya ialah buku berjudul Silimpopon: A Borneo Coal Mine, yang ditulis oleh Ross Ibbotson.
SEDUTAN BAB 13
Di atas merupakan sedikit sedutan dalam bab 13 yang terkandung di dalam novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini. Dalam bab ini, Adam menyatakan rasa cintanya terhadap tanah kelahirannya kepada Nek Jah. Apakah yang telah berlaku kepada tanah Silimpopon itu? Apa pula kaitannya dengan pihak British? Semuanya akan terjawab dalam naskah kecil ini.
Link: https://www.instagram.com/p/CBxi_TtnMDtDNVH30TvooOxC3NrxIMLxvUQ_pk0/?igshid=1mq68zetflxwp
Link: https://www.instagram.com/p/CBxi_TtnMDtDNVH30TvooOxC3NrxIMLxvUQ_pk0/?igshid=1mq68zetflxwp
LATAR TEMPAT
Di atas merupakan enam buah latar tempat yang terdapat dalam novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini.
Link: https://www.instagram.com/p/CB3KXAcnklxK_fCFSs_5alTyMiG7yvX6rkhxeo0/?igshid=1p8f14y6sul7j
HASIL AKHIR (HARDCOPY)
Di atas merupakan hasil akhir novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon dalam bentuk cetakan buku.
Link: https://www.instagram.com/p/CCI9FRGAdmMmdPdRjWDWXNHuO1cvCHNBdX0nQI0/?igshid=1afnvksfbas2g
Link: https://www.instagram.com/p/CCI9FRGAdmMmdPdRjWDWXNHuO1cvCHNBdX0nQI0/?igshid=1afnvksfbas2g
No comments:
Post a Comment