LATAR BELAKANG NOVEL
Novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini merupakan sebuah karya fiksyen yang mengambil kira latar belakang dan kehidupan masyarakat berbilang bangsa di kota arang batu bernama Silimpopon yang pernah wujud di daerah Tawau pada sekitar tahun 1920-an hingga tahun 1930-an. Novel bertemakan sejarah dan persahabatan ini akan digerakkan oleh seorang watak utama iaitu Adam Addison (13) bersama tiga orang sahabat baiknya iaitu Fengying, Ali dan Datu.
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=827798944389454&id=100014780671316
Novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini mengandungi 15 buah bab seperti yang tertera pada gambar di atas. Setiap bab mempunyai jalan penceritaan yang jelas dan membawa kepada penyelesaian konflik.
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=849221322247216&id=100014780671316
Novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini digerakkan oleh empat orang watak utama yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 13 tahun dengan latar keluarga yang berbeza iaitu Adam Addison, Fengying, Datu Asil dan Ahmad Ali. Keempat-empat watak ini memiliki perbezaan yang ketara namun bersatu dalam sebuah ikatan persahabatan.
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=849258365576845&id=100014780671316
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=827798944389454&id=100014780671316
SENARAI KANDUNGAN
Novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini mengandungi 15 buah bab seperti yang tertera pada gambar di atas. Setiap bab mempunyai jalan penceritaan yang jelas dan membawa kepada penyelesaian konflik.
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=849221322247216&id=100014780671316
PENGENALAN WATAK
Novel remaja berjudul Anak-Anak Silimpopon ini digerakkan oleh empat orang watak utama yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 13 tahun dengan latar keluarga yang berbeza iaitu Adam Addison, Fengying, Datu Asil dan Ahmad Ali. Keempat-empat watak ini memiliki perbezaan yang ketara namun bersatu dalam sebuah ikatan persahabatan.
Link: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=849258365576845&id=100014780671316
RINGKASAN KANDUNGAN
Novel Remaja 𝑨𝒏𝒂𝒌-𝑨𝒏𝒂𝒌 𝑺𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒐𝒑𝒐𝒏 ditulis berdasarkan latar tempat dan masa sebuah bandar yang pernah wujud di Tawau, Sabah sekitar tahun 1904 hingga 1932. Novel ini menggambarkan kehidupan masyarakat yang hidup di sebuah bandar bernama Silimpopon yang ketika itu menjadi pengeluar utama arang batu di Asia Tenggara. Silimpopon yang berada di bawah pemerintahan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) memiliki lebih 1,000 orang penduduk yang berbilang bangsa. Namun selepas bandar itu ditutup pada tahun 1932, nama "Silimpopon" semakin tenggelam dari ingatan penduduk Sabah. Ia kini telah menjadi sebuah bandar yang hilang.
SEDUTAN BAB DUA
Novel Remaja 𝑨𝒏𝒂𝒌-𝑨𝒏𝒂𝒌 𝑺𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒐𝒑𝒐𝒏 mengandungi 15 bab yang berbeza dan antaranya ialah bab dua seperti yang tertera pada contoh di atas.
LATAR TEMPAT (Borneo Utara)
Latar tempat dalam Novel Remaja 𝑨𝒏𝒂𝒌-𝑨𝒏𝒂𝒌 𝑺𝒊𝒍𝒊𝒎𝒑𝒐𝒑𝒐𝒏 ini terletak di daerah Tawau yang diberi nama Silimpopon. Sekitar tahun 1904 hingga 1932, kawasan perlombongan arang batu di Silimpopon dimiliki oleh syarikat Cowie Harbour Coal. Terdapat pelbagai kemudahan awam di Silimpopon termasuklah kereta api dan kapal wap. Watak utama iaitu Adam Addison akan membawa pembaca mengenali keunikan sejarah bandar yang "hilang" ini.
SEDUTAN BAB TIGA
Video di atas merupakan sedutan dialog dalam bab tiga antara watak utama iaitu Adam Addison dan sahabat baiknya, Datu Asil. Apa sebenarnya rahsia Adam? Datu pula macam dah dapat hidu sesuatu dari Adam. Kenapa dengan orang British? Nantikan jawapannya dalam novel ini.
LOKASI SILIMPOPON
Silimpopon terletak berhampiran dengan daerah Kalabakan, Tawau. Bandar yang pernah menjadi pengeluar utama arang batu di Asia Tenggara ini masih boleh dilawati dengan izin syarikat perladangan Kretam Holdings. Uniknya, bandar yang diberi jolokan "bandar yang hilang" ini telah meninggalkan sisa sisik arang batu dan bekas lombong yang menjadi khazanah negara kita.
SEDUTAN DIALOG
Di atas merupakan antara sedutan dialog yang terkandung dalam Novel Remaja "Anak-Anak Silimpopon" ini.
No comments:
Post a Comment